Akhirnya, sudah lapan bulan. Si montel diberi nama 'Muaz' kerana ayahnya diberi nama 'Muiz'. Manakala Si gebu diberi nama 'Princess' kerana badannya penuh dengan bulu yang berwarna putih dan lembut, ibunya bertompok coklat,hitam dan selebihnya putih. Akan tetapi lagi seekor tak akan dilupakan kerana baru dilahirkan ia sudah diambil dan tidak sempat diberikan namanya. Saya hanya memberi nama 'Poty'.